Monthly Archive January 2018

Byadmin

Age Is Just A Number

 

A couple of days back, Najib was heard uttering his usual cockamamy and this time, he was blabbering about TDM’s age and how he doesn’t foresee someone at the age of 92 could bring steer the nation into a new era. Well, the way I see it (and coming from someone who grew in TDM’s era) Tun have been taking Malaysia forward into newer era at every turn. 

Heck! Tun has been steering the nation to glory. internationally recognized and respected while this imbecile is still busy in Port Dickson.

I’m not going to go overboard with this trivial issue. Rather, I’ll let US President Ronald Reagan sums it up.

Click here to see what Ronald Reagan’s response to a similar remark.

Byadmin

Bapak Borek, Anak Rintik

PERDANA Menteri Najib Razak menjadi subjek tumpuan episod kedua rancangan BBC terbaru, “House of Saud: A Family at War”, sebuah rancangan dokumentari yang membongkar kisah keluarga diraja yang bertelagah itu.

“Rakyat Malaysia marah. Mereka percaya mereka dirompak,” kata permulaan episod itu yang disiarkan setiap hari Selasa.

Episod kedua dokumentari itu mengesan jejak mula skandal 1MDB apabila putera ketujuh Raja Saudi, Putera Turki bin Abdullah memeterai perjanjian pada penghujung 2009 untuk menerima pelaburan bernilai AS$1 bilion menerusi PetroSaudi International.

Gambar Najib bersama-sama Putera Turki, ahli perniagaan dari Pulau Pinang Low Teck Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa anak Najib berada di atas kapal layar mewah, Tatoosh.

Pertemuan itu didakwa menjadi pemula rancangan rompakan wang berbilion ringgit daripada dana pelaburan Malaysia.

Dalam wawancara bersama BBC, Ketua Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengatakan sejumlah AS$700 juta lenyap daripada dana itu.

Dokumen yang bocor kemudiannya menunjukkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013, tidak lama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung, kata Rewscastle.

Putera Turki juga didakwa menerima AS$77 juta komisyen kerana peranannya menurut e-mail yang bocor, kata dokumentari itu lagi.

PetroSaudi mendakwa e-mail itu tidak tulen dan diubah.

Turut muncul dalam episod itu ialah Tony Pua dari DAP yang mengatakan beliau sudah mula mengesan jejak skandal itu sejak lapan tahun lepas.

“Kita bukan bercakap tentang sejuta dua. Kita bercakap tentang berbilion dollar dan kerajaan Malaysia masih berlagak seolah tiada apa berlaku. Tiada apa langsung yang berlaku,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu pada wawancara yang diadakan di sebuah kafe kopi itu.

“Kami dijanjikan semangkuk mee yang sedap penuh dengan daging dan sayuran serta ‘dumpling’ dan rakyat akan menikmati juadah hebat itu,” kata Pua menggunakan sepinggan mee wan-tan untuk menyatakan hujahnya.

“Saya rasa ragu. Kami tahu mereka akan curi daging dan ambil semuanya untuk mereka sendiri.

“Tetapi yang sebenarnya berlaku, yang betul-betul terjadi adalah bukan sahaja mereka ambil daging, mereka juga ambil ‘dumpling’, semua mee dan yang tinggal untuk kami rasa hanyalah kepedasan cili,” katanya.

Pua mengimbau kembali ketika Wall Street Journal membongkar kisah itu Julai 2015 mendakwa AS$681 juta dipindahkan ke akaun Najib.

“Tiada siapa percaya ia berlaku. Bagaimana seorang perdana menteri boleh jadi sebodoh itu memindahkan jumlah duit yang banyak ke dalam akaun peribadi banknya? Apabila saya jumpa rakyat di luar, mereka kata ‘semuanya berita palsu’. Tetapi kemudiannya, kami dapati ia benar,” kata Pua.

Dokumentari itu menyebut wang hasil rompakan itu kemudiannya digunakan untuk membeli antara lain, sebuah hotel di Beverly Hills, lukisan Monet dan pesawat peribadi berharga AS$33 juta.

“Malah duit itu turut dilaburkan dalam sebuah filem Hollywood. Sebuah filem yang kebetulan mengisahkan tentang korupsi dan penipuan maha hebat,” kata narator dokumentari itu merujuk kepada “Wolf of Wall Street” dibintangi Leonardo DiCaprio.

Dokumentari itu bertunjangkan tindakan anti rasuah Raja Muda Putera Mohamad Salman yang menyaksikan ratusan orang kenamaan Saudi, termasuklah Putera Turki ditahan tanpa bicara di hotel Ritz Carlton di Riyadh.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melancarkan siasatan jenayah ke atas dana didakwa dirompak dari 1MDB dan berhasrat mahu merampas aset hartanah dan lain-lain mencecah AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Dalam kes sivil pula, DoJ mendakwa antara 2009 sehingga 2015 lebih daripada AS$4.5 bilion milik 1MDB dipindahkan kepada pegawai atasan dana pelaburan negara itu serta sekutu mereka.

DoJ mengatakan “Malaysian Official 1(MO1)” sebagai penerima faedah terbesar aset yang mereka mahu mereka rampas.

Identiti MO1 disahkan oleh Menteri Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib.

Perdana menteri menafikan wujud sebarang salah laku, mengatakan wang dalam akaunya adalah derma seorang putera Saudi dan menegaskan dia sudah memulangkan kembali wang itu.

Peguam Negara Apandi Ali mengatakan Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan pada Januari 2016. – Sumber “The Malaysian Insight”

Komen teman: 

Anaknya seorang pengarah filem di Hollywood, Bapak pulak seorang selebriti dalam dokumentari terbaru dari BBC. Bagi pencacai & pemakan dedak sudah pasti akan mengatakan bahawa Tun Mahathir yang menyuruh BBC buat dokumentari ini.


Sekiranya anda berminat untuk menonton, sila klik di sini.

Byadmin

Biarlah Gambar Berbicara

Ngantuk la plak pepagi buta ni. Tapi bangun je tido tadi check henpon, terus dapat sekeping gambar yang agak daring. Kata orang kampung teman “A picture is worth a thousanf words” atau dalam bahasa KeyEl nya “Sekeping gambar sama dengan seribu patah perkataan“.

Jadi, korang tengok la sendiri dan nilaikan lah sendiri. Suruh mengaku derang taknak. Tapi dalam senyap-senyap derang dok bikin cerita.

Kredit Gambar kepada: Brader Lan Mamak, AJK PPBM Shah Alam.
Byadmin

Constant Expansion

Laman blog ini akan sentiasa dinaik taraf mengikut keperluan semasa. Segala cadangan untuk menambah-baik blog ini amat dialu-alukan.

     


This blog is in constant state of expansion to cater to current needs. All constuctive suggestion are most welcome.

Byadmin

LIFE IN THE TRENCHES

 

As Pakatan Harapan embarked on its momentous journey of taking Malaysia away from the follies of UMNO to a future of hope and glory we are with them.
 
There will be some of you out on the front lines. Our storm troopers…You have taken it upon yourself to face whatever BN will throw at you. Some of you will relish this opportunity to lead in these final months before victory. If you have your doubts keep it within you. If you have your fears those standing alongside you will share it with you. Your courage will be needed for the final push against BN, against UMNO. You will have our prayers and carry with you our hopes and aspirations.
 
There will be some of you in the trenches. Waiting for your time to advance and secure our positions. While waiting you will not be still. There is work to do. Mustering the masses.
Holding the line against any encroachment from BN. Holding the line against all that BN can throw at us and most crucial – to give support to those in the frontlines….and if needed, to take the place of the fallen ones when needed.
 
The others will be needed to move the masses in numbers large enough to make that final difference. This will not be easy to do. It is the rural Malays that can make a difference. It will be difficult to change their misplaced loyalties to UMNO. A loyalty bought with many billions of ringgits in aid and cash outlay. A loyalty bonded by race and religion. A loyalty gained by lies and deceptions where what matters is not the interest of the rural Malays but in the getting of their votes for UMNO. We will need wisdom and patience to overcome this unholy alliance between UMNO and the rural Malays – but it will not be impossible to do because it is an alliance where one feeds of the other. Where the advantage has always been with UMNO not the rural Malays. It must be done because these Rural Malays have the votes needed for our victory in the elections.
 
For the others the work is almost done. It is just a matter of putting that cross beside the Pakatan Hatrapan candidate when the time comes for us to do our duty. Keep our anger for BN burning. Never let the fire burn out. If we love our country. If we love our people. If we love our way of life we must prevail. Failure is not an option to be considered.
This General Election is our time. Our election. Our chance for change. Do not let it pass. We do not want to have to explain to our children that when the time for change was upon us, we did nothing or worse we did not do enough!
 
Each of us will need to stand up and be counted. There will be too many of us for BN to silence. Too many of us for BN to ignore. Too many of us that will make that difference…of this I am certain…and when all is done…when we have rid ourself of BN …I will quietly go to sleep that night in my own house, my own bed and awake gloriously to a brand new day…and watch my children with much laughter and hope…for have we not done our duty to country and family?
 
You cannot ask more of anyone! And so now ….onwards to Putrajaya!
 
I am one. With you we are two. Who else will join us?
 
Pinjam dari blog STEADYAKU.
“Sir, now we are two”.
Byadmin

FAKTA

1. DS Najib beberapa kali telah membuat kenyataan TAK TAHU kepada wartawan dan rakyat Malaysia pada mulanya tentang kewujudan wang sejumlah 2.6 billion di dalam akaun miliknya. Najib akhirnya terpaksa mengaku juga setelah ada pihak yg berjaya membuktikan akaun itu milik najib berdasarkan nombor akaun dan bank di mana najib berurusan..
Kenapa Nafi tetapi kemudiannya TERPAKSA mengaku ianya memang Najib berbohong awalnya.

2. Najib pernah bermatian menafikan bahawa TAK TAHU siapa Jho Low dan tak pernah mengenali jutawan muda Pulau Pinang itu yg ada kaitan dgn 1MDB. Najib akhirnya terkantoi sekali lagi dan TAK TAHU hendak cakap apa² bila tersebar maklumat berserta gambar yg Najib pernah bertemu Jho Low dalam satu pelayaran kapal mewah bersama ahli perniagaan Arab dan di sertai Rosmah sekali.

3. Semasa proses perbicaraan kes Saiful lwn Anwar, Najib juga pernah di tanya beberapa kali tentang hubungan nya dgn Saiful. Seperti biasa najib memberitahu wartawan bahawa dia TAK TAHU siapa Saiful dan tidak pernah mengenali atau berjumpa degan pemuda itu. Tetapi Allah Maha Kaya akhirnya bocor maklumat yang Najib dan Saiful pernah bertemu dan berbincang. Setelah di ketahui umum Najib tanpa segan silu memberitahu yg pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa yg membincangkn tentang biasaiwa dan pengajian Saiful. Persoalan timbul dan meragukan, tidak mungkin orang biasa bersahaja hendak berjumpa Najib sekadar hendak bincang perkara yg boleh di uruskan oleh pegawai bawahan jabatan yg berkaitan. Istimewa sangat kah Saiful hinggakan soal pelajaran dan biasiswanya perlu di bincangkn bersama Perdana Menteri?

4. Selain duit 2.6 billion 1MDB, Najib juga di kait kan dgn duit SRC sebanyak 42 juta. Semasa maklumat tersebar di kalangan umum Najib juga di tanya tentang hal ini. Seperti biasa Najib tetap juga menafikan tentang kewujudan wang berkenaan dan mengatakan TAK TAHU menahu tentang perkara itu. Sehinggalah akhir nya ada pihak yg mendedahkan tentang akaun Najib berserta nombor akaun dan bank di mana transaksi itu berlaku maka Najib sekali lg terkantoi. Yang lucunya selepas beberapa lama baru najib membuat satu kenyataan pelik. Najib berkata dia TAK TAHU siapa yg memasukkan duit itu ke akaun nya. Semasa kejadian ini berlaku Pengasas bank berkenaan di tembak mati dan isteri nya tercedera. Dan semasa kejadian pengasas bank itu di tembak mati entah macamana peguam terkenal Shafei Abdullah secara “KEBETULAN” ada di sekitar itu dan dia lah juga yg menguruskan hal² berkaitan hinggalah kpd pengkebumian, sedangkan keluarga Hussien Najdi xmengenali @ mempunyai hubungan dengan beliau.

5. Razak Baginda adalah rakan baik Najib dan mengenali rapat Altantuya seorang wanita Mongolia. Mereka berdua juga adalah diantara perantara yg terlibat dalam urusan pembelian sebuah kapal selam Perancis. Di katakan Razak Baginda menerima komisen sebanyak 500 juta atas urusniaga ini dan Altantuya juga di janjikan sesuatu di atas penglibatan itu. Malang nya Altantuya di bunuh semasa berada di Malaysia ketika dia menuntut janji dan meminta seseorang bertangungjawab atas satu perkara peribadi yg berlaku di Mongolia. Untuk semua kejadian2 ini najib juga menjawab TAK TAHU dan tidak mengenali Altantuya walaupun selepas itu ada laporan dan bukti yg Najib pernah melakukan pertemuan dgn Altantuya di luar negara. Lanjutan dari kes ini seorang penyiasat persendirian berbangsa India yg mempunyai banyak maklumat tentang kes ini juga telah di temui mati namun kematiannya di kaitkan dgn serangan jantung. Sehingga hari ini kes ini tiada penyelesaian lengkap. Siasatan kes dan proses mahkamah hanya memutuskan dn menjatuhkan hukuman kpd siapa yg membunuh Altantuya. Adakah kedua pesalah yg telah di jatuhkan hukuman membunuh tanpa sebab? Hanya mahkamah di Malaysia motif pembunuhan tidak penting dan siapa perancang pembunuhan tidak disiasat??? Kenapa Altantuya di bunuh dan siapa yg mengeluarkan arahan bunuh tidak di ketahui hingga kini. Komisen 500 juta juga tidak di ketahui kepada siapa sebenarnya ia pergi. Agak terkilan bg rakyat Malaysia kerana Menteri Pertahanan pada ketika itu TAK TAHU dgn persoalan2 yg meragukan itu. Siapa menteri berkenaan? Mungkin 30 tahun lg (2047) kerajaan pd masa itu boleh tubuhkan RCI untuk kes ini.

6. Peguam terkenal Shafei Abdullah yg mengendalikan kes Saiful lwn Anwar di katakan telah menerima bayaran sebanyak 9.5 juta dari pihak Najib. Terdapat bukti beberapa kali transaksi kemasukan wang telah berserta nombor check dan akaun dan bank yang berurusan. Shafei Abdullah sehingga kini berdiam diri dan tidak memberi apa2 komen manakala Najib telah menjawab “TAK TAHU” atas transaksi bayaran yg telah di buat. Soalnya atas pekerjaan apa yg Shafei Abdullah lakukan sehingga di bayar sejumlah itu? Jika Razak Baginda ”di simpan” utk tempoh bertahun2 supaya tidak terdedah kpd umum, apakah Shafei juga akan melakukan perkara yg sama?

7. Apabila TSMY yang masih sebagai TPM meminta penjelasan berkaitan salah urus 1Mdb dan derma 2.6 b mempersoalkan penglibatan Najib, sekali lagi Najib tidak menjawab dan buat TIDAK tahu malah beliau telah memecat TSMY… Syafiei Afdhal juga meminta penjelasan yang sama, dan sudah pasti jawapan yang sama Tidak Tahu.

8. Apabila rakyat mempersoal kan tentang hak milik kekal di Forest City, Najib mempertahankannya dan berkata ianya hanya lah 99 tahun. Namun setelah Tun M orang tua yg di katakan nyanyuk dan pelupa pergi sendiri ke tapak projek nyata papan tanda di situ menyatakan ianya adalah hak milik kekal. Agak malang PM TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG akan hal penting ini.

9. TAK TAHU!! Kerajaan tidak tahu dan tidak mempunyai bidang kuasa utk menentukan dan mengawal harga minyak. Itu lah kenyataan Najib baru2 ini bila di tanya tentang kenaikan harga minyak. Mungkin orang UMNO lupa atau TAK TAHU bahawa Najib lah orang yg berjanji kepada rakyat bahawa harga minyak tak akan naik walau bagaimana pun harga di pasaran dunia.

10. Najib TAK TAHU tentang pemilikan harta2 Rosmah dan anak tirinya Riza Aziz seperti rumah banglo, apartment mewah, jet peribadi dan lain2 harta yg bernilai beratus juta di Amerika sehinggalah di siasat dan di dedahkan oleh DOJ. Rosmah juga memiliki hartanah di lain2 negara termasuk di London, England.

Demikianlah para pembaca, antara perkara2 yg di katakan Najib TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG untuk renungan dan tatapan tuan/puan. Nilailah sendiri akan kebenarannya.

Kepada orang2 UMNO, mungkin tuan/puan juga TAK TAHU akan perkara2 yg Presiden anda TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG. Jadi dgn nukilan saya ini anda semua sudah tahu. Pesan guru saya, MANA2 ORANG YANG DAH TAHU.TOLONG BAGITAHU KEPADA MEREKA2 YANG TAK TAHU.

Saya mohon supaya artikel saya ini di kongsi ke seluruh negara agar kita menggantikan PM Tidak Tahu kepada yang Tahu.

Sebelum di akhiri nukilan ini saya ingin berpesan2 demi kebenaran. Pesan guru saya Dato’ Ismail Kamus, Hindarilah diri kita dari sifat2 ini dalam hidup.
Bila bercakap kita menipu.
Bila berjanji kita mungkir.
Bila di beri amanah kita khianat.

Katanya ini lah orang MUNAFIK yg kita tidak wajib ikut atau taat akan dia apatah lg jika ia seorang pemimpin.

Saya percaya semua antara kita termasuk sahabat2 saya di dalam UMNO mempunyai keimanan dan akan hukum Allah serta Rasul SAW.

Hidup ini bukan sekadar mengejar kuasa dan kedudukan. Agama itu Ad Din yg meliputi segala urusan kehidupan. Berpegang lah hidup ini atas tali dan syariat Allah dan jangan hidup berpandukan fatwa sesat yg ingin menyelamatkan Melayu dan Islam dalam mempertahankan pemimpin2 yg sifat2nya mempunyai ciri2 seperti yg guru saya nyatakan.
Anda juga mempunyai Ustaz dan Guru. Adakah mereka berpesan lain dari apa yg guru saya sebutkan?

Saya pasti tentunya tidak!!!
OLEH ITU KENAPA TAKUT UNTUK BERHIJRAH?

TERIMA KASIH

“Di C&P dari sebuah group Whatsapp”. Kredit kepada penulis siapa jua beliau.

www.000webhost.com