FAKTA

Byadmin

FAKTA

1. DS Najib beberapa kali telah membuat kenyataan TAK TAHU kepada wartawan dan rakyat Malaysia pada mulanya tentang kewujudan wang sejumlah 2.6 billion di dalam akaun miliknya. Najib akhirnya terpaksa mengaku juga setelah ada pihak yg berjaya membuktikan akaun itu milik najib berdasarkan nombor akaun dan bank di mana najib berurusan..
Kenapa Nafi tetapi kemudiannya TERPAKSA mengaku ianya memang Najib berbohong awalnya.

2. Najib pernah bermatian menafikan bahawa TAK TAHU siapa Jho Low dan tak pernah mengenali jutawan muda Pulau Pinang itu yg ada kaitan dgn 1MDB. Najib akhirnya terkantoi sekali lagi dan TAK TAHU hendak cakap apa² bila tersebar maklumat berserta gambar yg Najib pernah bertemu Jho Low dalam satu pelayaran kapal mewah bersama ahli perniagaan Arab dan di sertai Rosmah sekali.

3. Semasa proses perbicaraan kes Saiful lwn Anwar, Najib juga pernah di tanya beberapa kali tentang hubungan nya dgn Saiful. Seperti biasa najib memberitahu wartawan bahawa dia TAK TAHU siapa Saiful dan tidak pernah mengenali atau berjumpa degan pemuda itu. Tetapi Allah Maha Kaya akhirnya bocor maklumat yang Najib dan Saiful pernah bertemu dan berbincang. Setelah di ketahui umum Najib tanpa segan silu memberitahu yg pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa yg membincangkn tentang biasaiwa dan pengajian Saiful. Persoalan timbul dan meragukan, tidak mungkin orang biasa bersahaja hendak berjumpa Najib sekadar hendak bincang perkara yg boleh di uruskan oleh pegawai bawahan jabatan yg berkaitan. Istimewa sangat kah Saiful hinggakan soal pelajaran dan biasiswanya perlu di bincangkn bersama Perdana Menteri?

4. Selain duit 2.6 billion 1MDB, Najib juga di kait kan dgn duit SRC sebanyak 42 juta. Semasa maklumat tersebar di kalangan umum Najib juga di tanya tentang hal ini. Seperti biasa Najib tetap juga menafikan tentang kewujudan wang berkenaan dan mengatakan TAK TAHU menahu tentang perkara itu. Sehinggalah akhir nya ada pihak yg mendedahkan tentang akaun Najib berserta nombor akaun dan bank di mana transaksi itu berlaku maka Najib sekali lg terkantoi. Yang lucunya selepas beberapa lama baru najib membuat satu kenyataan pelik. Najib berkata dia TAK TAHU siapa yg memasukkan duit itu ke akaun nya. Semasa kejadian ini berlaku Pengasas bank berkenaan di tembak mati dan isteri nya tercedera. Dan semasa kejadian pengasas bank itu di tembak mati entah macamana peguam terkenal Shafei Abdullah secara “KEBETULAN” ada di sekitar itu dan dia lah juga yg menguruskan hal² berkaitan hinggalah kpd pengkebumian, sedangkan keluarga Hussien Najdi xmengenali @ mempunyai hubungan dengan beliau.

5. Razak Baginda adalah rakan baik Najib dan mengenali rapat Altantuya seorang wanita Mongolia. Mereka berdua juga adalah diantara perantara yg terlibat dalam urusan pembelian sebuah kapal selam Perancis. Di katakan Razak Baginda menerima komisen sebanyak 500 juta atas urusniaga ini dan Altantuya juga di janjikan sesuatu di atas penglibatan itu. Malang nya Altantuya di bunuh semasa berada di Malaysia ketika dia menuntut janji dan meminta seseorang bertangungjawab atas satu perkara peribadi yg berlaku di Mongolia. Untuk semua kejadian2 ini najib juga menjawab TAK TAHU dan tidak mengenali Altantuya walaupun selepas itu ada laporan dan bukti yg Najib pernah melakukan pertemuan dgn Altantuya di luar negara. Lanjutan dari kes ini seorang penyiasat persendirian berbangsa India yg mempunyai banyak maklumat tentang kes ini juga telah di temui mati namun kematiannya di kaitkan dgn serangan jantung. Sehingga hari ini kes ini tiada penyelesaian lengkap. Siasatan kes dan proses mahkamah hanya memutuskan dn menjatuhkan hukuman kpd siapa yg membunuh Altantuya. Adakah kedua pesalah yg telah di jatuhkan hukuman membunuh tanpa sebab? Hanya mahkamah di Malaysia motif pembunuhan tidak penting dan siapa perancang pembunuhan tidak disiasat??? Kenapa Altantuya di bunuh dan siapa yg mengeluarkan arahan bunuh tidak di ketahui hingga kini. Komisen 500 juta juga tidak di ketahui kepada siapa sebenarnya ia pergi. Agak terkilan bg rakyat Malaysia kerana Menteri Pertahanan pada ketika itu TAK TAHU dgn persoalan2 yg meragukan itu. Siapa menteri berkenaan? Mungkin 30 tahun lg (2047) kerajaan pd masa itu boleh tubuhkan RCI untuk kes ini.

6. Peguam terkenal Shafei Abdullah yg mengendalikan kes Saiful lwn Anwar di katakan telah menerima bayaran sebanyak 9.5 juta dari pihak Najib. Terdapat bukti beberapa kali transaksi kemasukan wang telah berserta nombor check dan akaun dan bank yang berurusan. Shafei Abdullah sehingga kini berdiam diri dan tidak memberi apa2 komen manakala Najib telah menjawab “TAK TAHU” atas transaksi bayaran yg telah di buat. Soalnya atas pekerjaan apa yg Shafei Abdullah lakukan sehingga di bayar sejumlah itu? Jika Razak Baginda ”di simpan” utk tempoh bertahun2 supaya tidak terdedah kpd umum, apakah Shafei juga akan melakukan perkara yg sama?

7. Apabila TSMY yang masih sebagai TPM meminta penjelasan berkaitan salah urus 1Mdb dan derma 2.6 b mempersoalkan penglibatan Najib, sekali lagi Najib tidak menjawab dan buat TIDAK tahu malah beliau telah memecat TSMY… Syafiei Afdhal juga meminta penjelasan yang sama, dan sudah pasti jawapan yang sama Tidak Tahu.

8. Apabila rakyat mempersoal kan tentang hak milik kekal di Forest City, Najib mempertahankannya dan berkata ianya hanya lah 99 tahun. Namun setelah Tun M orang tua yg di katakan nyanyuk dan pelupa pergi sendiri ke tapak projek nyata papan tanda di situ menyatakan ianya adalah hak milik kekal. Agak malang PM TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG akan hal penting ini.

9. TAK TAHU!! Kerajaan tidak tahu dan tidak mempunyai bidang kuasa utk menentukan dan mengawal harga minyak. Itu lah kenyataan Najib baru2 ini bila di tanya tentang kenaikan harga minyak. Mungkin orang UMNO lupa atau TAK TAHU bahawa Najib lah orang yg berjanji kepada rakyat bahawa harga minyak tak akan naik walau bagaimana pun harga di pasaran dunia.

10. Najib TAK TAHU tentang pemilikan harta2 Rosmah dan anak tirinya Riza Aziz seperti rumah banglo, apartment mewah, jet peribadi dan lain2 harta yg bernilai beratus juta di Amerika sehinggalah di siasat dan di dedahkan oleh DOJ. Rosmah juga memiliki hartanah di lain2 negara termasuk di London, England.

Demikianlah para pembaca, antara perkara2 yg di katakan Najib TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG untuk renungan dan tatapan tuan/puan. Nilailah sendiri akan kebenarannya.

Kepada orang2 UMNO, mungkin tuan/puan juga TAK TAHU akan perkara2 yg Presiden anda TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG. Jadi dgn nukilan saya ini anda semua sudah tahu. Pesan guru saya, MANA2 ORANG YANG DAH TAHU.TOLONG BAGITAHU KEPADA MEREKA2 YANG TAK TAHU.

Saya mohon supaya artikel saya ini di kongsi ke seluruh negara agar kita menggantikan PM Tidak Tahu kepada yang Tahu.

Sebelum di akhiri nukilan ini saya ingin berpesan2 demi kebenaran. Pesan guru saya Dato’ Ismail Kamus, Hindarilah diri kita dari sifat2 ini dalam hidup.
Bila bercakap kita menipu.
Bila berjanji kita mungkir.
Bila di beri amanah kita khianat.

Katanya ini lah orang MUNAFIK yg kita tidak wajib ikut atau taat akan dia apatah lg jika ia seorang pemimpin.

Saya percaya semua antara kita termasuk sahabat2 saya di dalam UMNO mempunyai keimanan dan akan hukum Allah serta Rasul SAW.

Hidup ini bukan sekadar mengejar kuasa dan kedudukan. Agama itu Ad Din yg meliputi segala urusan kehidupan. Berpegang lah hidup ini atas tali dan syariat Allah dan jangan hidup berpandukan fatwa sesat yg ingin menyelamatkan Melayu dan Islam dalam mempertahankan pemimpin2 yg sifat2nya mempunyai ciri2 seperti yg guru saya nyatakan.
Anda juga mempunyai Ustaz dan Guru. Adakah mereka berpesan lain dari apa yg guru saya sebutkan?

Saya pasti tentunya tidak!!!
OLEH ITU KENAPA TAKUT UNTUK BERHIJRAH?

TERIMA KASIH

“Di C&P dari sebuah group Whatsapp”. Kredit kepada penulis siapa jua beliau.

About the author

admin administrator

Leave a Reply

000webhost logo